Friday, December 19, 2008

Melayu Perlu Kembali kepada UMNO

MELAYU perlu kembali muhasabah diri bagi menterjemahkan bahawa bangsa melayu adalah bangsa yang memiliki negara yang bernama Malaysia ini, sesungguhnya mahu tidak mahu dan suka tidak suka bahawa bangsa ini sekarang sedang berada diambang herdikan bangsa lain dalam kancah politik semasa yang mana usikan dan cubitan bangsa lain terhadap melayu sedang dan akan terus berlaku. Maruah Melayu mula berani dicabar oleh mereka yang selama ini sama-sama kita percayai dalam berkongsi kemakmuran dan kedamaian. Angkara Melayu yang mempunyai sifat angkuh dan rakus dengan kuasa yang tidak semestinya kekal, ada Melayu yang sanggup mempertaruhkan maruah Bangsa dan Negara ini demi mencapai cita-cita politik bersumberkan kerakusan cita-cita,bernawaitukan dendam dan bermatlamatkan kuasa dalam genggaman.

Melayu tidak harus lupa bahawa sesungguhnya siapalah MELAYU hari ini tanpa UMNO,,? Melayu harus tidak lupa tanpa kebijakan kepimpinan UMNO terdahulu sehingga semalam Melayu entah dimana. Melayu bergerak seiring dengan kemajuan bersama rakan-rakan atas dasar saling mempercayai dan kemakmuran dikongsi bersama, malah lebih daripada itu keamanan,kedamaian dan kestabilan politik dikecapi setiap insan yang mendiami bumi Bertuah ini.

Rakan-rakan Melayu tidak pernah menunjukkan sikap rakus dan tamak kerana perkongsian yang telah di ujudkan memberikan keuntungan kepada semua pihak.

Hari ini ia telah berubah....

Hari ini kita mula dicubit....

Hari ini MELAYU terus dicubit..... Sedarlah Melayu,, Mengapa ada jemari-jemari yang dulunya bersama-sama kita memacu kebahagiaan hari ini sempat mencubit sekali sekala.. Hebat sangatkah mereka ini ?.. Kuat sangat kah Mereka ini..?

Harus di ingat KAWAN.....!!!!
MELAYU-UMNO DIAM BUKAN BEERTI MELAYU TAKUT... tetapi...
MELAYU-UMNO LEBIH SAYANG DAN CINTAKAN KEDAMAIAN DAN KEAMANAN
ini terus terbela... JANGAN DICABAR MELAYU...

Kalau tangan-tangan Kotor dari mereka yang dari awal mengeletek kita tidak perlu kita bimbangi. Kita tidak pernah terasa terancam sedikitpun. Tapi bila jemari yang sama-sama kita cuba meletak racun bisa dihujungnya, kita mula merasa pedih.. Berani dan semakin hari semakin berani... Mengapa mereka sudah berani ?.. Lupakah mereka bahawa mereka dapat hidup dan berdiri mewah ditengah-tengah kelompok Melayu ini sekian lama tanpa diganggu-gugat kerana MELAYU adalah bangsa yang amat menghormati orang lain. Lupakah mereka MELAYU tidak pernah mencemburui mereka kerana memegang konsep persahabatan yang teguh.

Sayangnya mereka ini sudah mula berani mencabar kita..MELAYU...!!!

Keberanian mereka hanya terserlah bila ada segelentir MELAYU yang rakus..yang sanggup memperjudikan Maruah bangsanya demi mencapai cita-cita yang tinggi untuk berkuasa. Konsep kongsi kuasa berhemah yang selama ini dipegang telah digadai dengan pakej yang mampu memakan MELAYU... Bahagiakah MELAYU nanti dengan pakej SAMARATA nanti..???

Ini jenis Melayu tidak mengenang budi dan menolak erti "Bersyukur" terhadap apa yang ALLAh SWT kurniakan kepada bangsa dan negara yang bernama MELAYU/MALAYSIA ini.

"Gadaian Maruah yang terlalu murah"....

Adakah melayu diluar sana merestui gadaian ini saudaraku sekelian....?!!

Kembalilah wahai saudaraku yang bernama MELAYU.... Rapatkan dirimu kepada UMNO,, Ia mungkin tidak cukup sempurna bagi kamu tetapi sesungguhnya UMNO TETAP MASIH YANG TERBAIK daripada yang lain....Kepada MELAYU...Kepada MALAYSIA...dan Kepada ISLAM...

-din 20/12/2008-